Popular Posts
-
Dari dahulu mendengarkan suara mu Siapakah itu intan atau permata Lalu ku tulis kata-kata pujangga Menghiasi hati ku hanya untuk mu L...
-
s aat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU ...
-
-
"Pepatah Melayu ``tak kenal maka tak cinta'' begitu besar maknanya kepada kita. Indahnya b...
-
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak m...
Anugerah Tuhan paling berharga, paling disayangi
"Pepatah Melayu ``tak kenal maka tak cinta'' begitu besar
maknanya kepada kita. Indahnya bahasa kerana ia memberikan kita pengajaran
untuk digunakan dalam kehidupan sepanjang hayat.
Kita tidak kenal bahawa anugerah kesihatan itu adalah salah satu anugerah yang
paling kita cintai.
Apakah yang kita paling hargai dalam kehidupan kita?
Ramai yang berkata benda yang paling berharga ialah wang, harga dan lain-lain
benda, sedangkan yang sebenarnya ialah kesihatan.
Pepatah Inggeris berkata ``health is better than wealth''. Cuba renungkan
apabila kita sihat sama ada fizikal, minda atau emosi, kita dapat membuat
segala aktiviti yang produktif. Kegiatan ini akan membawa kekayaan atau
kemewahan.
Jika kesihatan kita tertanggu atau sakit, segala aktiviti untuk mendatangkan
kemewahan material tidak dapat dilakukan.
Jelas kita perlu menerima hakikat bahawa anugerah yang paling berharga ialah
kesihatan kita.Sepatutnya kesihatan kita jugalah yang paling kita sayangi.
Tidak siapa yang betul-betul mampu membeli kesihatan walaupun ia seorang yang
kaya raya.
Ia mampu membeli makanan yang sedap tetapi tidak boleh makan kerana ia mengidap
penyakit yang tidak mengizinkan ia makan makanan yang lazat itu.
Ia ada selera yang baik tetapi ia tidak boleh makan.
Tuhan telah menarik balik anugerah iaitu kesihatan memakan yang diberikan
kepada hambaNya.
Benda yang paling berharga seperti kesihatan boleh menjadi paling tidak
berharga jika manusia salah menguruskannya.
Apakah akan terjadi apabila kesihatan kita tidak dijaga? Apakah akibatnya jika
makanan untuk jasmani, untuk emosi, rohani dan untuk minda tidak diuruskan
dengan baik?
Akibat buruk berlaku begitu mudah dan ada yang tidak dirasai.
Untuk memulihkan dan memuliharakannya adalah lebih sukar, ibarat kata pepatah
Melayu ``datang macam ribut, pergi macam semut.''
Dengan itu ``mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.''
Jangan ``sudah terantuk baru terngadah'' dan elakkan dari ``nasi menjadi
bubur.''
Kita perlu mengingati diri kita bahawa ``membangun itu sukar, tetapi untuk
membangun selepas jatuh itu adalah lebih sukar''.
LAWAK YANG X BERAPA NAK LAWAK
Pak Pandir membeli durian
Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...
Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
kiSAh SeornG p3nGeMIs (LawAK X berApA nAk LawaK)
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat
berapa
pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....
*Hampehhhhhh..!!!!*
kisah bengang nk wt "LAWAK BODOH X MENJADI"
Bengang
Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari,
MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orabg rakannya. Setelah dua hari berlalu,
BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja.
Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...)
BODOH : Selamat pagi, tuan.
POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?
BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.
POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa ??
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?
BODOH : Ada di luar, tuan.
POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??
BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?
POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)
"KISAH lawak bUah Yang Tak BeRapa LawaK"
Lawak Buah
Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya
mereka dibebaskan.
Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari
10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.
Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama
keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia
mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun
menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat
bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.
Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama.
Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"
KISAH gua x brp lawak"
Gua Ajaib
NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap
kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah
bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak die jawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi
kedinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk
ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...
"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!
No comments:
Post a Comment